Anda dijemput untuk meraikan...

Malam Badar Online 2022

Sedia untuk berinfaq?

Berikan Sumbangan Anda

Apakah itu Malam Badar (Online)?

Program Malam Badar adalah program khas bertujuan untuk melaksanakan fundraising dengan membuka peluang beramal dalam bulan Ramadan. 

Malam Badar juga merupakan sebuah tradisi yang mana komuniti Hidayah, baik di Johor Bahru mahupun di Batu Pahat, menggembeleng tenaga untuk bersama-sama meraikan salah satu malam daripada malam-malam Ramadan yang barakah. 

Ketika Malam Badar dihidupkan sunnah berbuka bersama-sama, sunnah saling memberi makan orang yang berpuasa, sunnah saling memberi peringatan, sunnah bertarawih berjamaah dan sunnah menjalin ukhuwah sesama muslim.

Kenapa online? Buat masa ini belum lagi dibenarkan untuk beraktiviti berbuka puasa bersama-sama di perkarangan sekolah yang melibatkan selain warga sekolah. Oleh itu dibuat secara dalam talian dan diambil semangat daripada tradisi ini untuk diteruskan; memberi, menyumbang dan memberi makan orang yang berpuasa. 

Kenapa Malam Badar Online?

Pertama

Bantu siapkan bangunan SRI Hidayah Pasirris BP

Bangunan tiga ini sedang dalam proses-proses akhir untuk disiapkan. Selagimana bangunan ini belum siap sepenuhnya, SRIH BP dan SMIH BP berkongsi ruang kelas dan pembelajaran. 

Kedua

Pemberian yang membawa pahala berlipat ganda

Dalam surah al-Baqarah, ayat 261, disebutkan tentang infaq kepada jalan ALLAH seumpama benih yang ditanam menghasilkan 700 lagi benih! Tidakkah mendidik dan membentuk Insan Rabbani merupakan satu sumbangan kepada jalan ALLAH?

Ketiga

Pemberian dalam bulan yang mulia; bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang amat digalakkan untuk kita berinfaq. Setiap sen yang disedekahkan ikhlas akan diganjari ALLAH selayaknya, apatah lagi dengan gandaan dalam bulan Ramadan.

Sasaran Malam Badar?

RM 100000
Sehingga Akhir Ramadan!
Suntik semangat anda dengan menonton

Video Malam Badar Online