Malam Badar SIH BP 2023/1444H
Anjuran Bersama
Apakah itu Malam Badar?
Program Malam Badar adalah program khas bertujuan untuk melaksanakan fundraising dengan membuka peluang beramal dalam bulan Ramadan.
Malam Badar juga merupakan sebuah tradisi di mana komuniti Hidayah, baik di Johor Bahru mahupun di Batu Pahat, menggembeleng tenaga untuk bersama-sama meraikan salah satu malam daripada malam-malam Ramadan yang barakah.
Ketika Malam Badar dihidupkan sunnah berbuka bersama-sama, sunnah saling memberi makan orang yang berpuasa, sunnah saling memberi peringatan, sunnah bertarawih berjamaah, sunnah memberi infaq dan sunnah menjalin ukhuwah sesama muslim.
- belanja berbuka 🍛
- bersedekah 💰
- saling beri peringatan 🤔
- jalin ukhuwah 🤝
- tarawih 🕋
Objektif Malam Badar
Pertama
Dana Pembangunan
Mengumpul dana pembangunan untuk projek-projek sekolah. Selain pembinaan bangunan tiga tingkat sekolah rendah, projek padang sekolah, asrama, kantin dan blok akademik sekolah menengah akan dibina.
Kedua
Peluang Bersedekah
Ketiga
Merapatkan Ukhuwah
Sasaran Malam Badar 2023?
Untuk memberi makan tetamu dan warga Hidayah Batu Pahat yang bakal hadir pada tarikh majlis diadakan. Lebihan kepada dulang ini akan dimasukkan kepada Dana Hidayah.
Kami sasarkan untuk memberi makan kepada 1200 orang yang bakal hadir bersama-sama ke acara Malam Badar tersebut di Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat.
Kami sasarkan fundraising sempena Malam Badar ini boleh mencapai nilai RM1,000,000. Dana ini akan digunakan untuk menyelesaikan urusan bangunan SRIH BP, memulakan pembangunan Bangunan Tahfiz SMIHJB, dan membantu operasi.
Sasaran Kutipan Dana Hidayah
berInfaqlah
Taja Dulang
Jazakumu LLAHU khayra l-jazaa'!
AlhamduliLLAH, segala puji bagi ALLAH. Program Malam Badar SIH BP telah berjaya dilangsungkan pada 14 April 2023. Kutipan untuk tajaan dulang telah pun ditutup. Sekiranya tuan/puan masih mahu membuat deposit harta akhirat, dipersilakan terus memberi sumbangan untuk dana pembangunan.
Sekali lagi, semoga ALLAH mengganjari tuan-tuan dan puan-puan yang telah memberi dengan syurga yang abadi.