Kenali

DANA HIDAYAH

Peluang anda untuk melabur dalam saham akhirat; jariah berterusan melalui pendidikan Islam, hafazan al-Quran, pembentukan akhlak mulia, pembinaan sahsiah Insan Rabbani.

Apakah itu Dana Hidayah?

Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) (hidayah.edu.my) adalah pusat pendidikan swasta yang tidak berorientasikan keuntungan. Operasi dan pembangunan PPH adalah hasil dari yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. PPH ditubuhkan semata-mata untuk menyediakan sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diurus dengan profesional. Sekolah di bawah pengurusan PPH ialah Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

SRIH dan SMIH sekarang beroperasi di dua tempat iaitu di Kg. Sinaran Baru, KM 26, Jalan Johor Bahru, 81300 Skudai, Johor dan di 83, Kampung Olak Batu, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor.

Objektif

Pertama

Mengumpulkan dana bagi tujuan pembangunan sekolah-sekolah dan operasi Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.

Kedua

Menguruskan dana yang telah disumbangkan untuk pembangunan  dan pengoperasian yang telah dijanjikan.

Ketiga

Menjadi penghubung antara dermawan-dermawan dan peluang-peluang menderma dalam bentuk pembangunan institusi pendidikan.

Aktiviti Dana Hidayah

Ahli Pasukan Dana Hidayah

Pengerusi

En Ahmadon bin Bakri

Timbalan Pengerusi

En Alias bin Mohd

Setiausaha

Pn Masini

Ahli JawatanKuasa

Pn Siti Rahayu binti Md Yusof

Ahli JawatanKuasa

Pn Wan Shahimaizam binti Wan Mamat Pauzam