14 MAC 2026 (Sabtu)
DATARAN AMANAH, Srih jb
Anjuran Bersama
pengenalan Malam Badar
Program Malam Badar adalah program khas bertujuan untuk melaksanakan fundraising dengan membuka peluang beramal dalam bulan Ramadan.Â
Malam Badar juga merupakan sebuah tradisi di mana komuniti Hidayah, baik di Johor Bahru mahupun di Batu Pahat, menggembeleng tenaga untuk bersama-sama meraikan salah satu malam daripada malam-malam Ramadan yang barakah.Â
Ketika Malam Badar dihidupkan sunnah berbuka bersama-sama, sunnah saling memberi makan orang yang berpuasa, sunnah saling memberi peringatan, sunnah bertarawih berjamaah, sunnah memberi infaq dan sunnah menjalin ukhuwah sesama muslim.
Jumlah Kutipan Malam Badar 2026
(dikemaskini pada 11 Mac 2026)
objektif Malam Badar
PERTAMA
Merapatkan Ukhuwah
KEDUA
Dana Pendidikan
Mengumpul dana pendidikan di Sekolah Islam Hidayah JB, sekaligus menyokong pendidikan Islam dan pembangunan generasi Rabbani.
KETIGA
Peluang Bersedekah
Sasaran Malam Badar 2026
Kami menyasarkan untuk menerima anggaran 2,000 orang tetamu dan berbuka puasa bersama-sama pada Malam Badar 2026. Lebihan daripada tajaan makanan ini akan dimasukkan kepada Dana Hidayah.
Kami sasarkan untuk memberi makan kepada 2000 orang yang bakal hadir bersama-sama ke acara Malam Badar tersebut di Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru
Kami sasarkan fundraising sempena Malam Badar ini boleh mencapai nilai RM500,000. Dana ini akan digunakan untuk menyelesaikan urusan pendidikan Sekolah Islam Hidayah dan membantu operasi pengurusan PPH.