Blok 3 Tingkat SRI Hidayah Pasirris, Batu Pahat

Permintaan yang sangat memberangsangkan terhadap pendidikan di Sekolah Islam Hidayah pada setiap tahun bukan sahaja di kalangan warga Johor Bahru dan Singapura malah di kawasan daerah lain juga. Bagi menampung permintaan ini, pihak sekolah telah menyediakan asrama untuk sekolah menengah bagi menampung permintaan dari luar Kawasan. Permintaan bagi sekolah rendah tidak boleh diatasi melalui pembinaan asrama kerana anak-anak ini terlalu kecil untuk di tempatkan di asrama. Senario ini mendesak untuk PPH mengembangkan cawangan Hidayah ke daerah lain dan salah satunya adalah di Parit Raja, Batu Pahat.

Sek Ren Islam Hidayah Batu Pahat mula ditubuhkan pada awal 2016 beralamat di Jalan Shufaat, Kg Olak Batu, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Langkah penubuhan sekolah ini bermula dengan sebidang tanah seluas 9 ekar beserta beberapa buah bangunan lama sumbangan dari keluarga Almarhum Hj Yusof. Pihak sekolah dengan penuh yakin akan memulakan persekolahan menggunakan bangunan yang ditinggalkan ini . Usaha membaik pulih dimulakan dengan dana sebanyak lebih kurang 300,000.00. Akhirnya pada Januari 2016 pengambilan murid dari tahun 1, 2 dan 3 telah berjaya ditunaikan.

Kini SRIH BP telah beroperasi 7 tahun. Ruang kelas dan bilik khas lain tidak dapat menampung keperluan yang semakin bertambah. Tambahan pula Sekolah Menengah Hidayah BP telah 2 tahun lepas yang sebelum ini menyewa di Taman Universiti Parit Raja akan berpindah dan berkongsi tapak yang sama. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan Hidayah Batu Pahat mampu menampung keperluan 2 sekolah dalam satu kawasan. PPH telah memulakan projek pembinaan bangunan 3 tingkat pada September 2020.

Projek ini dimulakan dengan dana yang terkumpul sebanyak RM1juta walaupun kos keseluruhan ketika itu bernilai RM3.4 juta. PPH meletakkan tanggungjawab kepada jawatankuasa Pengumpulan Dana agar bekerja keras mendapatkan sumbangan kerana dalam masa yang sama pembinaan berjalan serentak.

Sehingga Mac 2020 progres kerja pembinaan ini telah disiapkan sehingga 70 % . PPH terpaksa mendahulukan wang operasi sekolah yang biasanya digunakan untuk perbelanjaan harian operasi bagi menampng kos pembinaan tersebut.

Oleh yang demikian , besarlah harapan kami agar tuan puan terus menderma untuk kelangsungan projek ini. Sumbangan tuan puan merupakan amal jariah yang berterusan sebagai bekalan akhirat dan menjadi saksi penglibatan kita dalam meneruskan usaha melahirkan islam Rabbani melalui pendidiklan Islam yang holistik.

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap tangkai mengandungi seratus biji , Allah melipat gandakan pahala kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas pemberiannya”
Baqarah 261