korban
DANA HIDAYAH 2026
Tunaikan ibadah korban anda melalui Dana Hidayah
Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan anda diterima sebagai amal soleh dan diberkati oleh Allah SWT.
Jazakumullahu khairan kathira!
Dimaklumkan bahawa bagi tahun ini, pihak kami tidak dapat melaksanakan ibadah korban di Hidayah. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira faktor tempoh cuti sekolah dan cuti umum yang panjang yang mengakibatkan kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan pelaksanaan program korban secara berkesan dan teratur.
Walau bagaimanapun, pihak kami masih membuka tempahan korban lembu di Kemboja dan kambing di Mekah.
Teruskan melaksanakan ibadah korban bersama kami di Kemboja dan Mekah pada tahun ini.
SOALAN-SOALAN LAZIM
Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban.
Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala ibadah akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.
Sekolah Islam Hidayah sedang membina bangunan Akademi Tahfiz Hidayah JB. Dana yang besar diperlukan. Semua lebihan hasil Korban Dana Hidayah akan digunakan sepenuhnya untuk membina bangunan tahfiz ini. Ayuh bersama Dana Hidayah melaksanakan ibadah korban anda.
Layari https://danahidayah.my/tahfizjb/ untuk dapatkan maklumat berkenaan Akademi Tahfiz Hidayah JB
Ibadah korban yang dilaksanakan di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri.
Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.
Jika hutang jangka panjang seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.
Boleh untuk melakukan korban untuk anak kecil (belum baligh), dengan syarat binatang korban datang dari hartanya (wang penjaga, bukan wang si anak). Dia seolah-olah menghadiahkan binatang itu kepada si anak, kemudian melakukan korban bagi pihaknya, maka untuknya pahala dan untuk di anak pula pahala korban.
Dalam Mazhab As-Syafie, tidak harus melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia kecuali si mati telah berwasiat. Akan tetapi, waris boleh menjadi peserta korban dan boleh berniat sedekah pahala korban kepada si mati.
Diharap dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.