Kenali
DANA HIDAYAH
Peluang anda untuk melabur dalam saham akhirat; jariah berterusan melalui pendidikan Islam, hafazan al-Quran, pembentukan akhlak mulia, pembinaan sahsiah Insan Rabbani.
Apakah itu Dana Hidayah?
Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) adalah pusat pendidikan swasta yang tidak berorientasikan keuntungan. Operasi dan pembangunan PPH adalah hasil dari yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. PPH ditubuhkan semata-mata untuk menyediakan sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diurus dengan profesional. Sekolah di bawah pengurusan PPH ialah Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).
SRIH dan SMIH sekarang beroperasi di dua tempat iaitu di Johor Bahru (Kg. Sinaran Baru, KM 26, Jalan Johor Bahru, 81300 Skudai, Johor) dan di Batu Pahat (83, Kampung Olak Batu, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor).
Objektif
Pertama
Mengumpulkan dana bagi tujuan pembangunan sekolah-sekolah dan operasi Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.
Kedua
Menguruskan dana yang telah disumbangkan untuk pembangunan dan pengoperasian yang telah dijanjikan.
Ketiga
Menjadi penghubung antara dermawan-dermawan dan peluang-peluang menderma dalam bentuk pembangunan institusi pendidikan.